March 19, 2009


Hearing and Listening

Antara hearing dan listening, kedua2nye mcm serupa tapi sebenarnya berbeza. Yang satu guna telinga dan satu lagi guna akal. Sbb tu tak semua org ada kemahiran mendengar, walaupun orang itu boleh mendengar. Dalam bahasa kita hearing itu pendengaran sedang listening itu mendengar. Tak banyak beza kan? Bezanya, kemahiran mendengar ialah kebolehan untuk sedia memberi peluang kepada informasi disampaikan dan memprosesnya tanpa prejudis. Hasilnya pastilah keputusan yang baik. Ini berlawanan ketika mendengar muzik, everything light and easy x pon tgh dgr boss kita berleter.


Kalau diperhatikan, manusia lebih banyak menumpukan peningkatan kemahiran bercakap berbanding kemahiran mendengar. Dan masyarakat terbanyak lebih appreciate mereka yg so called 'pandai bercakap' berbading mereka yang 'pandai mendengar'.Sebagai contoh, kalau seseorang itu pandai bercakap, bersyarah dan pandai berpidato, pastilah mereka akan diangkat dengan pelbagai gelar. Pensyarah dan pidato ulung, nescaya harumlah namanya disebut orang. Demi itu, pelbagai program dan pertandingan diadakan demi membina kemahiran bersyarah dan berpidato yang asalnya masih daripada kemahiran bercakap. Soalnya, adakah benar kemahiran bercakap itu lebih penting daripada kemahiran mendengar?


Bijak pandai pandai pernah berkata, "Banyak cakap banyaklah salah. Banyak salah banyaklah dosa." Maka timbullah peribahasa 'tin kosong' dan 'cakap tak serupa bikin'. Pandangan penulis adalah mudah. Kita sepatutnya perlu lebihkan mendengar daripada bercakap. Amik contoh sebagai sorang boss, kalau selama ni dia asyik bercakap dan memberi arahan kepada pekerja, apelah salahnye sekali sekala 'mendengar' apa kata pekerja lak. Banyak benda kita dapat pelajari daripada 'mendengar' sekeliling kita. maybe ade benda yg kita buat tu boleh jadi lebih baik kalau kita lebihkan mendengar. Analoginya mudah, seorang hakim (magistrate cam arep dulu) hanya akan dapat membuat keputusan sebaiknya selepas mendengar semua hujah dan bukti parties to the case. Ce kalau dia sorang jer yg bercakap, then lawyer xnak dengar, silap2 strike off case lah jadinye.


Begitulah juga apabila kita menjadi seorang suami atau bapa, cubalah mendengar apa yang dikatakan oleh isteri dan anak2 kita. Penulis rasa, akan amanlah dunia ni. By the way, Allah jadikan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap. Maha suci Allah daripada sebarang kelemahan.

7 comments:

  1. Pada pendapat aku pula "hearing" itu perbicaraan di mahkamah di hadapat magistrate atau hakim, sebab itulah semasa di mahkamah kita dengar setakat ke telinga saja.

    Manakala "listening" pula seperti mendengar ceramah aga ke, muzik ke mendengar radio ke pasal kita menghayati muzik itu sendiri dengan akal, hati, jiwa dan perasaan.

    Boleh gitu?

    ReplyDelete
  2. mana kepet ni? kan aku dah kata pet, en.ajak ni boleh jadi penulis tamu kat blog kita.. :)

    ReplyDelete
  3. Dear Ajako....you are so damned good at writting man!.....carry on..I cant agree more of what Ust Shafie yang warak itu said.

    ReplyDelete
  4. yup arif.. mmg en.ajak ni seorang yang bernas pemikirannya... aku suka baca penulisan dia. apa orang kursus selalu cakap tu.. thinking out of the box.. lebih kurang la..

    ReplyDelete
  5. aku lebih kepada mendengar dari bercakap.aku x reti nak borak2.banyak aku lebih luah kan kat hati je.

    ReplyDelete
  6. kasap: ha'ah, hearing tu pendengaran di hadapan tuan hakim. teringat first time attend hearing depan dato' Hishamuddin kat Shah Alam High Court. aku bagi salam kat dia. terus dia ckp mesti budak Uia kan? layanan dia mmg kelas pas tu.

    arep: eleh, puji...setiap yang terbit dari hati yg ikhlas samada perkataan atau perbuatan pasti dpt memikat hati manusia. kalau tak, masakan tuan punya kebun kurma kat Toif tu leh masuk Islam bile tgk rasulullah baca bismillah sebelum makan kurma, kan?

    ust pi'e: sekadar melontar pandangan dari kaca mataku ini. itulah kelebihan berkaca mata instead of being rabun mcm ana ni.

    zairi: lama x bace komen hang. aku ingat hang ni introvert type of person kut. hang punya entry menunjukkan sebaliknye. kekadang aku teringin utk terus ckp ape yg terbuku terutama time marah, tp stakat kat dlm ati jer. mcm LNJ (raja lawak 3) slalu ckp, 'lu bikin hati gua panasss beb...'.

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.