January 23, 2009


Kisah dua Saudara

Maka teriwayatlah satu kisah dua bersaudara yang giat mengusahakan ladang peninggalan ayah bonda mereka berdua. Si abang telah berkeluarga manakala si adik masih lagi bujang dan tinggal bersendirian. Segala tugas dan hasil pertanian itu dikongsi bersama dan sama rata oleh mereka berdua.

Suatu hari si adik terfikir, ”Abangku telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan yang ramai. Maka tidak adillah sekiranya hasil pertanian ini dibahagi sama rata sedangkan aku ini hidup seorang dan keperluanku hanyalah sedikit. Oleh itu aku akan menghantar seguni gandum ke rumahnya setiap bulan pada waktu malam di waktu dia tidak menyedarinya. Jika tidak, pasti dia tidak mahu menerimanya.” Maka mulai saat itu, si adik akan menghantar seguni gandum pada jam 4.00 pagi di waktu si abang sedang tidur.

Pada waktu yang sama si abang juga tefikir hal mengenai adiknya, ”Kasihan adikku, dia hidup seorang diri sedangkan aku mempunyai isteri yang sentiasa menjaga makan pakaiku. Aku juga mempunyai anak-anak yang boleh membantu kerja-kerjaku. Mulai saat ini aku akan memberi seguni gandum setiap kali musim menuai tiba. Aku akan meletakkan guni itu ke dalam stor simpanannya tanpa pengetahuannya kerana dia pasti akan menolak perberian itu mentah-mentah.” Maka si abang pun menghantar seguni gandum extra kepada si adik pada jam 5.00 pagi setiap kali musim menuai tiba.

Perkara tersebut berlanjutan beberapa ketika sehingga ditakdirkan pada musim menuai kali ini, si adik sakit perut dan tidak dapat menghantar gandum pada jan 4.00 pagi. Dia hanya dapat keluar rumah pada jam 4.30 pagi. Manakala pada malam tersebut si abang tidak dapat tidur lena dan berasa gelisah. Akhirnya si abang mengambil keputusan untuk keluar menghantar gandum awal sedikit. Waktu itu jam baru menunjukkan jam 4.30 pagi.

Setibanya si adik di hadapan pintu rumah abangnya, cepat-cepat dia meletakkan guni gandum yang di bawanya ke bawah. Dengan terjingkit-jingkit dia berpaling untuk beredar, takut disedari oleh si abang. Si abang yang sedang memikul guni gandum untuk adiknya membuka pintu dan terkejut melihatkan guni gandum dan adiknya di hadapan pintu rumahnya. “Oh, rupanya selama ini, engkaulah yang sentiasa menghantar gandum ini kepadaku. Ku sangkakan Allah telah menurunkan gandum ini hasil ketekunan kita mengusahakan ladang kita,” kata si abang. “Aku juga menyangka Allah telah memberkati usaha keras kita selama ini apabila mendapati setiap kali aku menghantar gandum ini ke rumahmu, pasti akan terdapat seguni lagi dalam simpananku, rupanya Allah telah menghantarnya melalui abangku yang penyayang,” jawab si adik sayu. Maka berpelukanlah kedua saudara tersebut keharuan. Keikhlasan mereka berdua telah dibalas oleh Allah dengan nikmat berlipat ganda. Lihatlah bagaimana Allah menyediakan balasan yang tidak ternilai hasil keikhlasan hambanya.

4 comments:

  1. Betul tu Ajax, kita kena memperbanyakkan bersedekah. Nescaya Allah akan melipat gandakan rezeki kita dari sumber yang tidak disangka-sangka. Setiap satu kebaikan/kebajikan kita berikan, Allah akan mengganjarkan/membalas dengan 10 kali ganda daripada apa yang kita berikan dengan ikhlas.

    Hari ini dah hari Jumaat, kalau sebelum ini kita masukkan ke tabung masjid dengan note RM1, hari ni tambahkan lagi jadi note RM5 ke RM10 ke. Kalau nak buat amal kebajikan ni tak payah nak tangguh-tangguh. Lakuikan sekarang sebelum kita “dijemput pulang”.

    ReplyDelete
  2. betul, betul, betul. kepada kengkawan semua, sape kate kasap pendiam, dia ni byk cakap tau, tp pakai jarilah...

    ReplyDelete
  3. saya sokong...tapi manusia kn bila derma sikit dia tulis " Hamba Allah " tapi bila banyak dia tulis nama dia .........silalah komen .

    satu lagi scenario ...huhuhuh....yang menipu pula . bukan susah tapi meminta2 . . .samada secara sah atau tak sah .

    ReplyDelete
  4. ape yang penting kerjasama
    ape yang penting kerjasama

    kahkahkah...............

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.