January 22, 2009

How trivial thing matters

Setiap hari kita ditemukan dengan sesuatu untuk dipelajari guna sebagai panduan hidup, bagi mereka yang ingin berfikir. Kadang-kadang perkara yang remeh bagi kita adalah sangat besar dan bermakna kepada orang lain. Begitulah adat dunia. Kalau tak percaya, cuba tanya kepada mereka yang pernah bersalaman dengan vvip seperti Tuanku and all the dignitaries dan mereka berkata sesuatu kepada kita, pastilah kita akan mengingatinya sehingga bila2 kan? Penulis sendiri pun masih ingat apa yang dikatakan oleh DYMM Sultan Pahang ketika hari convocation time universiti dulu. Sementelah nama penulis ni awalan A, maka tergolonglah penulis among the first receiver kan, and Tuanku masih ada mood nak bertegur sapa. Dalam kalut2 menghafal step and script yg pendek (Menjunjung kasih Tuanku jer), tiba2 baginda bertanya, “Awok asal mane?” Terkesima den sokojap, “Selangor.” “Ooo, saya nak tengok orang Pahang,” baginda bercakap selambe. “Ada tuanku, ramai,” aku menjawab tak keruan. Then baginda handed over the scroll to me and barulah teringat aku ade perkataan perlu diucap dan pergerakan perlu dibuat. Dalam dok kalut tuh teringatlah setengah skrip yang perlu dihafal, “Menjunjung tuanku,” aku sebut sedikit tinggi kunun nak pastikan baginda dengo. “Ape? Awok nak junjung beta? Tak larat awok,” baginda menjawab secara berseloroh. Keh keh keh, apelar, skrip pendek cenggitu pon xleh hapal, patutlah aku xde bakat jadi pelakon. And that memory last till today.

Dalam pekerjaan seharian, penulis berhadapan dengan mcm2 orang. Ada yg well educated, ade yg pakcik2 makcik2 kampung, ade yg untie nyonya dan uncle apek, tak kurang jugak yang aci and maniam. Ada yg datang marah2, yang sangat sopan asyik cakap terima kasih, dan ade yg sgt skem serta berdiplomasi. Sampailah kisah semalam, sorang makcik yg emo dtg tuntut wang cagaran sewa kedai. Agaknye makcik nih dah penat kut ke hulu ke hilir cari tempat spttnya dia dptkan duit dia balik. Akak2 kerani sume(esp k awe & Diana) dah x tau camne nak deal with this makcik and come to me mintak aku settlekan. Alahai, aku pon layanlah ngan skill diplomasi yg diajarkan. Kunun tanya what is the issue. Skill lawyer pon berguna tau, first try to look for the issue of the case, then, barulah fact of the case. Then comes the syarah hadis. Makes her understand the system little bit. Barulah comes so call the “settlement”. Of courselah along the process makcik tuh akan mencelah bedah tak puas hati itu dan ini, tapi kita ni bknnye advocate & solicitor dia, so we’re not bound by the rule kan. Akhirnya aku pon janji, esok pagi staf aku akan call maklumkan keputusannye. Makcik pueh ati and balik. Hoh, solosai satu kes.

Tu yg emo, ade plak kes dua owang pakcik nih nak angkat sumpah jer pasal harta pusaka kecil. Diorg dtg bwk surat akuan, aku sign. X lama pahtu dtg lg, mintak sign lagi sbb Pejabat pusaka kata salah. Then, x lama pahtu dtg lagi, kata salah lagi. Petang drebar DO naik jumpe aku, “Boss, pakcik ni nak mintak sign, tapi dia kata malu nak jumpe boss sbb dah byk kali dah, asyik salah jer.” Rupenye pakcik2 tuh pi jumpe DO mintak sign sbb dah malu nak jumpe aku byk kali. Aku pi jumpe diorg kat kaunter, “Ape nak dimalukan pakcik, kita manusia mmg byk wat salah. Pakcik nak jumpe sy seploh kali pon sy x kisah,” amboi, ayat. Pakcik tuh tunduk malu2. Bila dah siap, pakcik tu cakap, “Tak ramai pegawai mcm anak, sabar layan karenah orang kampong, tua mcm kami. Selalunye kalau kami dtg kali kedua, mesti diorg marah atau perli kami. Sbb tu pakcik malu nak jumpe anak lagi.” “Hish, pakcik nih, jgn cakap macam tu. Saya selalu fikir kalaulah ayah saya berurusan dgn Pejabat lain dan pegawai marah2 mestilah sy sedih. So, biarlah sy layan ayah org lain baik2, semoga org lain pun layan bapak saya baik2,” nak merembes jer air mata ni time aku salam pakcik tuh. Lepas dia balik, aku terfikir2, Allah sentiasa bagi kita peluang untuk berbuat baik. Dan aku tak sabar2 nak bercerita kepada isteriku

9 comments:

  1. Ajak, if I may correct you…the idea to have the reunion is mine and nothignto do with the blog at the first place…idea memang dah ada, cuma masa dan kekangan contact details yang tak mengizinkan…maka apabila adanya blog Fisha tu, aku pun ambil kesempatan untuk merencanakan reunion batch kita sebab ramai kawan2 yang dah masuk blog tu (termasuk orang-orang yang aku dah lost contact), jadi bagi aku senanglah untuk semua orang war-warkan pasal reunion kita ni…so, once again the reunion has got nothing to do with the blog…aku cuma nak mengumpulkan kawan2 lama yang dah lama tak jumpa untuk kita borak2 dan bertanya khabar…tak lebih tak kurang

    ReplyDelete
  2. teringat pasal baju yg wak pakai tu..bila amik gambar je mesti baju tu lebih glam..hehehe..banyak kenangan pasai baju tu..

    ReplyDelete
  3. kepet: so sorry kalau entry nih kureng menyenangkan hang. aku tribute utk en nizam berikutan perbualan kitorg harituh. sorry ek, ko punye idea mmg canggih, cam baju sekolah jenama canggih.

    ijam: ha'ah, wak kalau dah suke satu baju tu asik pakai yg same jer. dahtu dah plan nak belikan kat majoi, oops sori, terbukak rehsie...

    ReplyDelete
  4. Tak rugi kalau kita buat baik kat orang lain. Stop being typical by thinking that pegawai-pegawai kerajaan semuanya sombong-sombong dan tak pandang orang yang biasa-biasa ni.

    ReplyDelete
  5. terimer kasih kasap bg komen paling objektif stakat nih. huhu terharu den

    ReplyDelete
  6. ish koi nikan..mulut tu control skit..jgn cite abih..tu sume kenangan lama daa..zaman bebudak..skang sume da dewasakan..jgn plak nak jadi cam bebudak gak..tul tak en. kasap..kpd abg rozaimi tu..jgn marah..kita sume kawan lamakan..harap akan jadi kawan utk selama-lamanya...koi..projek ari tu on kan..

    ReplyDelete
  7. on...alah, awok kate geng 7, tp 3 org jer?

    ReplyDelete
  8. indah dan bertuah jadi isteri penulis

    ReplyDelete
  9. kalaulah semua pegawai kerajaan begitu..

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.