May 31, 2010

Gajian


Gajian…

Pejal pulas tombol pintu rumahnya. Pintu solid wood dgn opal glass warna putih tu baru jer dia pasang bulan lepas. Sekonyong, puteri kesayangannnya berlari mendapatkan papanya. Pejal peluk anaknya yang satu itu. Oh ya, Pejal mmg jarang bagi salam kalau masuk rumah, well, dia org moden…yang kaya.

“Papa, papa mesti penatkan kerja harini? Tapi Puteri nak tanya sesuatu pada papa, bolehkan?” Puteri yang baru berusia tiga setengah tahun mmg petah kalau berkata. “Boleh sayang, tanyalah…”Pejal mmg ‘cair’ dengan kata2 anaknya nan seorang ini. “Papa, berapa gaji papa sejam?” Puteri tanya bersungguh2. Pejal renung muka tembam anaknya, mata Puteri hitam bulat, rambutnya kerinting melantun2 mcm meggi dah sedia nak dimakan. “Cuba Puteri kirakan untuk papa. Kalau sebulan papa dapat RM10,000. Papa kerja 20 hari sebulan, lapan jam sehari. Anak papa pandai kan?” jawab Pejal penuh matematik. Agak sengal buat budak 3 tahun nak wat calculation cenggitu kan? Padahal dia sendiri pun haram tak pandai kire kalau tak mintak bantuan calculator. Sebenarnya tujuan Pejal hanya nak suwoh Puteri sibuk sekejap, sementara dia nak freshen up before sleep.

Puteri berlari masuk bilik. Sekejap jer dia muncul balik depan papanya. Ada pen dan kertas kecik kat tangannya. Pejal yang tengah bukak kancing baju terkejut. Sib baik dia belom bukak seluar…”Papa, kalau gaji papa sepuluh ribu sebulan, bahagi 20 hari, bahagi 8 jam, maknanya boss papa kena bayar papa RM62.50 sejam kan papa?”Tu dia budak kumon menjawab. “Err, betul tu,” hampir jer Pejal tak percaya. “Papa, kalau Puteri nak pinjam RM30 boleh tak papa?” Puteri wat2 muka series. “Apa? Duit? Takde duit duit memalam ni. Hish, pantang papa tau org pinjam2 ni, apa lagi duit,” Pejal tiba2 melenting. Dia mmg pantang bab duit. “Tapi papa, Puteri nak pinjam, bukan nak mintak…” “Papa kata tak boleh, full stop. Dah, Puteri masuk tidur sekarang,” kali ni nada Pejal tinggi. Puteri terkejut, dia lari masuk bilik tidurnya, kesian.

Lepas mandi Pejal teringat pada Puteri. Rasa bersalah pulak sbb tengking Puteri tadi. Mesti budak tu tengah merajuk. Diam2 Pejal masuk bilik Puteri. Betul, Puteri tengah menangis teresak2. “Puteri, papa mintak maaf ye sayang. Papa bukan sengaja. Sekarang Puteri bagitau papa, Puteri nak buat apa dengan duit tu?” “Papa, tadi puteri beli buku sudoku. Puteri dah main dengan mama, best. Puteri nak main dengan papa pulak, tapi mama kata papa sibuk, masa papa berharga. Sebab tu Puteri tanya berapa boss papa bayar masa papa. Puteri dah ada RM30.50, duit simpanan Puteri, tapi Puteri tak cukup RM30 lagi. Kan Puteri kena bayar RM62.50 untuk sejam masa papa. Sbb tu Puteri nak pinjam duit papa. Nanti Puteri kumpul, Puteri bayarlah pada papa,” sahut Puteri dalam sendu.

Pejal terpempan. Apakah nilai sebenar masanya, gajinya dan kasih sayangnya. Kerana bagi dunia, kamu hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang, kamu adalah dunianya…

5 comments:

  1. kene nyanyi lagu fabilous cat dulu ni baru boleh bg komen!

    ReplyDelete
  2. eh nape tetiba je sedih plak nie...oppss...ni blog en razak. .eh tumpang emo jup :* wink wink

    ReplyDelete
  3. perasan tak nama papa jahat tu ade iras2 org yg dikenali di pdks? eh, yelah...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.