October 23, 2009




Mencari Apa





Seorang 'abid yang terkenal sedang mencari2 kunci pintu rumahnya di sebatang jalan berdekatan lampu jalan di malam hari yang sangat gelap. Seorang pemuda yang kebetulan melalui jalan tersebut bertanya kepada sang 'abid, "Apa yang tuan hamba sedang cari. Boleh hamba bantu?" Sang 'abid menceritakan perihal kuncinya yang hilang dan si pemuda lantas membantu mencari kunci tersebut.

Selang beberapa ketika, seorang passerby turut serta membantu operasi pencarian tersebut. Dari berdua, kumpulan pencari kunci kini menjadi ramai. Habis segala rumput, semak dan samun (eh, semak samun) diterjah, kunci yang dicari masih belum ditemui. Tapi operasi pencarian masih di sekeliling tiang lampu.


Datang seorang budak kecil sambil bertanya, "Apakah yang pakcik2 semua ni cari?" "Oh, kami sedang membantu si 'abid mencari kunci rumahnya," jawab seorang warga. "Wahai tuan, di manakah tuan rasa kunci itu tercicir?" Si kecil bertanya kepada sang 'abid. "Rasanye dekat2 pintu rumah hamba," eh, makin keliru ini orang. "Tapi, kenapa tuan tak cari di sana, kenapa cari di sini?" bocah pinter. "Oh itu, sbb tempat tu gelap, xde lampu kat situ. Kalau di sini kan ada lampu. Senang sikit nak nampak," jawapan sang 'abid buat warga keberangan.


Moral ceritanya mudah. Selalunya kita mmg suka cari jalan senang. Kenapa sang 'abid taknak cari kunci tu kat tempat sepatutnya? Sbb kat sana gelap, susah nak jumpa. Jadi dia carilah kat tempat terang walaupun x mungkin boleh jumpa. Macam hidup kita seharian, berapa ramai yang ternanti2 bonus time pembentangan bajet? Sedangkan kalau kita bijak urus kewangan, xdelah kemaruk sgt kan?


Satu lagi, kita juga mcm warga terbanyak yang ikut jer perbuatan sang 'abid, cari kat tempat yg salah. Kenapa x ramai yg jd si kecil, ambil inisiatif tanya perkara yg sepatutnya ditanya dari awal? Jadi kita taulah apa yg kita cari, kat mana nak cari, macam mana nak cari, siapa nak tolong kita cari? Banyaknye soalan....mumet.

4 comments:

  1. salam
    sebabnya bila ada bajet ada la sikit duit lebih, samada kita pandai mengurus atau tidak
    yang pasti ada duit lebih.

    bila ada duit lebih macam-macam boleh buat bagi yg ada anak maybe duit tu boleh spare anak masuk skool(tak pandai urus) atau bawa anak pergi bercuti(pandai urus). yang bujang plak boleh simpan utk kawin atau

    ....enjoyyyyy....

    ReplyDelete
  2. salam, enta soheh ya abaafnan. Masalah problemnye, sistem bajet kita ni namanya bajet berimbang, komponen utamanya bajet mengurus dan bajet pembangunan. Tp adelah sesetengah pihak tu arahkan peruntukan mengurus dipotong dan peruntukan pembangunan dikurangkan. Still, perbelanjaan defisit. konpius ana, sape yg x fhm ni, akukah atau diakah (u know whom i referring to...)

    ReplyDelete
  3. semua orang suka cahaya kan? tapi kalau kita dalam kegelapan, kita kena pandai2 la cari sendiri cahaya kita. takkanlah kita nak gi menumpang rumah jiran kita yang bercahaya semata2 kerana bekalan elektrik rumah kita dipotong oleh TNB? lain kali bayar la bil elektrik..

    ke guaner?

    ReplyDelete
  4. betul tu ustaz pi'e. Teringat time public speaking time nak jd PTD dulu, ambe cakap pasal lemahnya makhluq bernama manusia sbb sentiasa bergantung kepada tuhannya. Ibaratnya seterang mana pun mata kita, masih juga memerlukan cahaya untuk melihat. Seterel manapun telinga kita, masih memerlukan gelombang untuk mendengar. camne ntah ambe buleh sampaikan dlm 'enggeris', ah nostalgia...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.