October 28, 2009




All I Really Need to Know I Learned in Kindergarten







Makcik Kiah berhentikan kereta. Freekan gear dan tarik hand brake. But she did not stop the engine immediately. Ntah kenapa hatinya kuat menyuruhnya tunggu dalam kereta. Ditenungnya anak2 tadika ceria belajar sambil ikut suara cikgu diorang dari jauh. Nun, terlihat Baby, anak kesayangannya sedang keletah bersedia nak makan. Sorang budak lelaki pakai kopiah dan nampak sedikit 'berjurus' mulakan baca doa. Yang lain ikut baca doa kuat2.


Tiba2 sorang budak rampas makanan Baby. Baby menangis. Makcik Kiah sedikit panik, tangan dah pegang handle pembuka pintu kete. Tapi cikgu tadika tu cepat2 leraikan kekecohan. Dari jauh, walaupun suaranya x berapa jelas, Makcik kiah tau yg cikgu tadika tgh tegur mamat 'geragas' tu. Walaupun mamat tu nampak sedikit ganas tp bila cikgu dia bg nasihat mamat tu tunduk, macam nak nangis pun ada jugak. Cepat jer mamat tu pulangkan makanan Baby dan hulur tangan tanda mintak maaf. Secepat itu jugak Baby sambut salam kemaafan sambil senyum comel. And come to suprise, Baby hulurkan makanan yg sama kepada mamat tadi. Mereka makan dan bermain sama2.


Sekarang time nak balik. Baby beratur bersama kawan2nya utk bersalam ngan cikgu mereka. Baby berlari keriangan menuju mendapatkan Makcik Kiah. Tangan disalam, pipi dicium. Baby ceritakan semuanya. Makcik Kiah tersenyum, air mata merembes.


Sampai rumah Makcik Kiah duduk kat laman. Buku kat tangannya tak berbelek. Masuk ni dah 3 kali dia khatam baca buku tu. All I Really Need To Know I Learned In Kindergarten, mcm tu bunyi tajuknya. "Ah, kalau aku tau, x pyh aku susah2 beli buku ni. Kat tadika pun ajar pasal setiakawan, pasal memaafkan, pasal sharing and caring, pasal menghormati orang. Semua tu dah diajar time kat tadika...". Tapi masih ingatkah kita???

9 comments:

  1. keadaan sekeliling mempengaruhi mentaliti kita. banyak sebab kenapa kita lupa asal usul. fakta ada sebut, untuk mengetahui keburukan orang itu, tanya pada musuh dia. Untuk kenal kebaikan dia tu, tanya pada sahabat baik dia.

    ReplyDelete
  2. inche zairi: tanya sama pokok apa sebab goyang? Nanti jawab pokok angin yang goncang...

    ReplyDelete
  3. budak-budak bagai kain putih. mak bapak pulak dah jadi kain yang buruk. sbb tu anak jadi tak baik, sbb kain buruk yang warnakan kain putih tu.

    kalau mak bapak tu kain sutera, barulah anak tu jadi kain sutera digital..

    ke guaner?

    ReplyDelete
  4. Itulah peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari pra-sekolah. Terapkan nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak itu, didik dan latih mereka agar terbiasa dengan good attitude, and whatever yang baik-baik lah.

    ReplyDelete
  5. ust p'ie: wah, orang ganu kalu bagi contoh pakai sutera digital, mahal tu...dekat rm500

    kasap: kesuwon kasap sudi singgah. ko xnak hapdet blog ko ke? asik fb jer...

    ReplyDelete
  6. Byk perkara yg biasa kita lakukan masa kecil kita lupakan bila dah besar.

    Kita lupa untuk cakap "saya sayang mak" kerana kita rasa mak tentu tahu

    Kita menghindar untuk dipeluk ibu, kerana kalau kawan nampak tentu naknti diejek anak ibu.

    Kita malu nak mula minta maaf kalau kita salah kerana ego kita tinggi ...

    Dan banyak lagilah yang nak disebut ...

    Kenapa? Kerana, menjadi seperti kanak-kanak di usia dewasa adalah sesuatu yang tidak cool, OK?

    Apapun, biar persahabatan seperti anak-anak, tp, jgn keanak-anakkan bila bersahabat.

    Renung-renungkan, dan selamat beramal!

    ReplyDelete
  7. cik peesha: ih ih ih, aku suka ayat ko, "biar persahabatan seperti anak-anak, tp, jgn keanak-anakkan bila bersahabat." betul tu, betulllll

    ReplyDelete
  8. respect pada orang yang x masuk sekolah tadika tapi very mengaplikasikan semua tu sehingga dewasa lebih dari orang yang pernah ke sekolah tadika

    ReplyDelete
  9. anon: hehehe, paku dulang kaca serpih...tolong sambung...

    ReplyDelete

Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.