Khouf wa roja’
Konsep khouf wa rojak di dalam Islam secara literalnya bermakna takut dan harap. Sifat takut yang dianjurkan Islam bukanlah bermaksud seperti takutnya orang sebelah sini kepada makhluk bernama hantu dan saudara maranya sehingga kita mengambil tindakan menjauhi, serem dan merasa angker. Ataupun seperti takutnya budak sekolah rendah kepada cikgu displin yang datang membawa rotan. Kerana konsep takut seperti ini dikhuatiri membawa kepada perbuatan memuji, memuja dan membuat persembahan kepada mal’un (transliterasi daripada Bahasa Arab yang bermakna yang dilaknat) ini sehingga membawa kepada syirik. Ataupun dalam konteks cikgu displin tadi seorang murid mungkin berpura-pura menghormati beliau (di hadapannya sahaja) atau mengikuti arahan tanpa rasa insaf dan ikhlas.
Khouf yang dianjurkan Islam lebih bersifat takut kepada kemurkaan Allah Taala sekiranya seorang hamba itu gagal menyempurnakan perintah tuhannya dengan sesempurnanya. Dan sifat takut ini diaplikasikan juga dalam konteks takut sekiranya hamba itu melakukan sesuatu yang dilarang Allah sehingga menyebabkan kemurkaan Ilahnya. Perkara-perkara yang dilarang oleh Allah ini dikategorikan sebagai sesuatu yang sia-sia dan melalaikan dan disebut maksiat dalam Bahasa Arab.
Manakala Roja’ pula ialah sifat mengharap. Ada sedikit perbezaan mengenai sifat harap dalam konteks manusiawi dan ketuhanan. Dalam kehidupan seharian manusia menggunakan sifat harap ini dalam pelbagai keadaan. Contohnya seseorang yang dalam kesempitan dan kekurangan berharap agar ada habuan buatnya bagi memenuhi keperluan dirinya. Jadi dia akan mengambil tindakan samada berusaha mencari keperluan sambil berharap atau berharap simpati manusia tanpa mengambil apa-apa inisiatif. Sedangkan Islam mengajar kita konsep harap dengan berusaha mencari ridha Allah dengan cara beribadah. Oleh yang demikian, istilah ibadah (mengabdikan diri kepada Allah) haruslah diterangkan sedalam-dalamnya. Ada ibadah khususiyyah dan ada ibadah umum. Pengkelasan ini adalah bersifat akademik dan boleh diterangkan secara lebih detail dalam lembaran lain. Khalayak mesti diberi faham bahawa solat itu ibadah, begitu juga haji, zakat dan puasa. Mencari rezeki halal itu juga ibadah, muamalah itu ibadah, bermasyarakat itu ibadah, bahkan di dalam Islam melaksanakan tuntutan fizikal tubuh juga ibadah. Jadi bolehlah diringkaskan tidur, makan dan melancong juga ibadah. Kalau dah namanya ibadah ianya mestilah dilakukan demi menuntut keridhaan Allah, tidak bertentangan dengan syariat, halal, jauh daripada perkara yang dikategorikan sebagai maksiat dan tidak memudharatkan.
Suatu hari ketika Saidina Umar Al Khattab melintas di hadapan Rasulullah, baginda bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibril, khabarkan kepadaku kebaikan Umar,”. Maka dijawab oleh Jibril,” Andainya lautan dijadikan tinta dan pohon tamar dijadikan penanya, nescaya tidak habis ditulis kebaikan Umar,”. Calon syurga ini diriwayatkan oleh para sahabat sebagai manusia yang jarang dilihat tidur di waktu malam dan jarang juga dilihat tidur di waktu siangnya, dek kerana dedikasinya terhadap tugas. Acapkali kita mendengar kisah Umar yang memikul sendiri gandum ke rumah ibu yang kematian suaminya di malam hari dan kisah Umar memadamkan pelita di kala anaknya datang membincangkan hal keluarga.
Umar juga pernah berkata, “Andainya pada hari Kiamat kelak ada satu seruan yang menyatakan semua manusia boleh masuk ke syurga melainkan seorang, aku takut akulah orang yang tidak layak itu. Dan andai kata ada satu seruan yang menyatakan semua manusia harus ke neraka melainkan seorang, aku berharap akulah orang itu.” Demikianlah sifat khouf dan roja’ yang dipraktikkan oleh Saidina Umar. Kita pula bagaimana?

No comments:
Post a Comment
Alah, aku tau korg sumer x sabor nak komen kan? silakanlah, kalau tak korg akan menyesal.