Satu Janji
Orang tua pernah berkata; Jika kerbau dipegang pada talinya,
manusia pula dipegang janjinya. Begitulah perlambangan sebuah janji dalam
masyarakat Melayu. Janji adalah suatu kualiti yang sangat sacred sehingga seseorang manusia yang mungkir janji tiadalah
bezanya dengan seekor haiwan.
Beitulah jua apa yang cuba dihidangkan oleh RAM dalam karya
‘Satu Janji”. Kerana sebuah janji, Adelia terpaksa berkahwin dengan Luqman yang
tidak dicintainya. Tetapi kerana sebuah janji juga Luqman akhirnya mencairkan
hati isterinya dan mencari susur galur sebenar jati dirinya. Biar SJ agak
ringan berbanding karya RAM yang lain, semangat thrillnya masih terasa menyengat terutama dengan kehadiran watak
antagonis Jay, Jimmy dan Subra.
Aku kategorikan SJ sebagai sebuah cereka dan amat sesuai
andai diadaptasikan dalam sebuah telenovela yang bagus. Banyak pengajaran yang
dapat dicungkil terutama berkenaan jati diri, ketabahan dan ketaatan dan sifat
pasrah serta ridha. Seperti biasa, RAM menyingkap segala persoalan di akhir SJ
dengan happy ending. Kiranya RAM seakan merakam sebuah karya berbentuk cereka
yang padat, thrill dan tidak meleret-leret.