Dia: Ammar Singh, seorang
journalist akhbar tabloid. Kalau ikut jawatan, nampak gah tapi entah kenapa
masih belum terkenal seperti Karam Singh. Hari ini dia sampai lewat ke tempat
kejadian, macam selalu. Melalui tweeter yang entah daripada siapa, Ammar Singh
terus ke Jalan Yuda. Katanya ada berlaku kemalangan melibatkan kematian.
Orang ramai berkerumun, sesak
lagi menyesakkan. Ammar cuba menyusup ke depan, nak dapatkan coverage lebih
jelas, tetapi badannya yang ‘sedap’ memustahilkan niatnya. Tertolak kembali ke
belakang, dek kesesakan khalayak. Ammar termenung sejenak, benaknya ligat
mencari jalan bagaimana mahu ke hadapan.
“Ketepi, ketepi, bapak mangsa nak
lalu,” seru Ammar Singh dengan suara besarnya. Semua ketepi, memberi laluan.
Anehnya semua mata merenung kehairanan. Ammar berjalan megah, taktiknya
berjaya. Tetapi kemegahan itu tidak lama, sirna bersama pemandangan di hadapan
matanya. Kelihatan seekor monyet penyet di bawah tayar lori. Hanya tangan yang
masih kelihatan. Wajah Ammar memerah. Kedengaran suara-suara berbisik, ”Tak
sangka ada monyet berbapakan orang ye…”. Itulah akibatnya kalau kurang prinsip
tabayyun.