February 24, 2011

Kerana RM300?

Kerana RM300?

Aku bukanlah pegawai besar, tapi bukanlah jugak pencacai kat opis. Tabiat yang paling aku tak gemar ialah tabiat suka berhutang. Tapi iyelah, dah namanya pun manusia, kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku kan? Ada masanya kita sesak, terpaksa jugak meminjam (istilah baik selain 'berhutang').

Satu hari aku terdesak nak guna duit. Tak banyak pun, dalam RM300 jer. Masa tu baru 6 haribulan, awal bulan lagi, atau dalam kata lain, gaji lambat lagi nak masuk. Disebabkan jumlah yg aku perlukan itu kecik jer, maka aku ambik keputusan untuk pinjam daripada kawan baik aku, M. Kami dah lama berkawan dan aku percaya M boleh simpan perkara berhutang ni antara kami berdua sahaja. Iyelah, aku memang tak pernah dan tak suka berhutang sebelum2 ni. Aku pinjam RM300 dan berjanji akan bayar balik bila dapat gaji hujung bulan. Bimakna, aku pinjam dalam tempoh 20 hari.

Waktu aku nak pinjam, M cakap,"Ambillah RM300 ni. Kau pakailah. Mungkin ni masa kau, esok2 masa aku perlu pertolongan jangan kau lupakan aku pulak. Pasal perkara ni, aku takkan bagitau orang lain. Janganlah kau risau."Lega hati aku sbb M pandai simpan rahsia. Aku taknak isteri aku tau dan risau yang aku amat terdesak sehingga terpaksa berhutang.

Tup tup, 30 minit lepas M serahkan duit tu, aku dgr kawan2 sepejabat cerita pasal aku pinjam duit. Petang tu masa punchcard dah heboh satu opis cerita pasal aku. "Sudah...sapa pulak yang bawak cerita? Takkanlah M..."bisik hatiku. Hairan pun ada, tapi malulah yang paling banyak.

Sampai rumah, aku disambut oleh isteriku dengan wajah mencuka. "Abang, kenapa abang hutang duit pada M? Saya malu tau, orang2 bercerita yg abang sudah pandai berhutang. Saya tahu kita bukan orang senang, tapi janganlah sampai berhutang, macam2 orang cakap bang, saya malu," itu ayat yang keluar daripada mulut isteriku setelah didesak beberapa kali. "Lebih teruk lagi M cakap yang Abang takkan ke mana2 sbb Abang hidup bergantung atas kebaikannya," tambah isteriku dalam esak tangisnya.

Daripada hairan aku jadi geram. Keesokan harinya aku keluarkan simpananku mana yang ada. Kerana RM300 aku mendapat malu. Aku jumpa M. Aku pulangkan duitnya hari itu juga. M terpinga2 dengan tindakanku. Bila ditanya kenapa aku pulangkan duitnya aku cakap, "Mulanya memang aku perlukan duit ini, sangat memerlukannya. Dan kau tahu berhutang adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan dalam kehidupanku. Sebab itu aku pinjam dari kau, kawan yang aku anggap seperti keluargaku. Tapi sayang, kau tidak pernah menganggapku sebegitu. Nah, ambillah kembali wangmu ini. Kalau ini nilai persahabatan kita, aku pulangkan kepadamu. Aku tak pernah sangka sebegitu murah nilainya pada matamu." Wang kuletak di hadapannya sambil aku berlalu pergi. Pergi tak kembali...

February 22, 2011

I rasa I muda lagilah...

I rasa I muda lagilah...

Suatu hari Kak Pah datang ke sekolah anaknya. Bukan sbb anak Kak Pah nakal, tapi sbb Kak Pah dijemput mendengar ceramah motivasi. Kalau ikutkan hati Kak Pah, bukan dia nak pegi sangat pun, tapi semenjak Kak Pah dah pandai melaram dan pasang badan ni, dia suka outing berjumpa ngan org ramai...nak test market katanya.

Sampai kat sekolah, semua ibu bapa dijemput duduk di dalam dewan. Kak Pah pilih barisan depan sekali, betul2 depan rostrum. Pada pendapat Kak Pah, clear sikit suara penceramah dia dpt dgr. Untung2 penceramah akan beri sepenuh perhatian pada Kak Pah. Lebih kurang setengah jam, dewan pun penuh dan Cikgu Shah selaku stage manager bagi Q menandakan majlis nak bermula. Kak Pah betulkan duduknya.

Penceramah naik ke pentas bersama Tuan Haji Zam, pengetua sekolah. "Buleh tahan penceramah ni. Muda, segak, bergaya," bisik hati Kak Pah. Kak Pah senyum2...Lepas habis Haji Zam membebel pasal kecemerlangan sekolahnya, tiba giliran penceramah bercakap.

"Tuan-tuan dan puan-puan, sesuatu hadiah dikira sebagai sangat berharga apabila ianya memberi makna kepada kita. Bagi sesetengah orang hadiah yg mahal2 sgt bermakna kepada mereka, tp bagi sesetengah yg lain pula, ingatan dan kenangan pun dah dianggap sgt bermakna. Hadiah yg saya terima pula amatlah bermakna kepada saya. Kerana ianya merupakan turning point dalam hidup saya. Nak dengar cerita saya?" Penceramah memancing audien. Kak Pah paling kuat mengangguk.

"Sebelum tu, saya nak tahulah umur tuan2 semua. Haa...akak depan sekali ni, berapa umur akak? Boleh ye saya panggil akak, nampak muda lagi ni," sang penceramah sua mikrofon kepada Kak Pah. "Baru awal lima puluhan," nampak sangat Kak Pah kontrol. "Ooo, tapi tak nampak macam lima puluh pun...macam student pun ye," amboi...sempat lagi tu. Kak Pah kembang kempiskan lobang idungnya. "Ye ke? I memang rasa I muda lagi...," ber I I lagi tu...

"Baiklah tuan2, sepuluh tahun dahulu saya memulakan business saya. Iyelah, business tgh naik, saya tumpukan perhatian dan masa saya kpd business. Pagi petang siang malam hanya business aje hidup saya. Sampaikan makan minum dan kehidupan peribadi pun sy selalu missed. Soal solat lagilah...kalau dpt buat 3 waktu sehari kira habis baiklah tu. Tapi business saya makin menjadi. Daripada sebuah kedai, saya sudah mampu buka 3 cawangan. Rezeki...kata hati saya.

Makin banyak duit, semakinlah saya busy. Hal keluarga saya tolak ke tepi. Zakat dan sedekah jauhlah sekali. Pada saya, saya business, bukan menipu atau mencuri, itu yg Allah sayang, Allah bagi rezeki. Nasihat mak ayah pasal solat, saya dgr sipi2. Sampailah suatu hari, saya punya hari jadi...

Disebabkan saya dah terlampau bizi, so takde sape yg ingat saya punya hari jadi. Jangankan kad, ucapan pun org tak beri, kek tu jauh pangganglah dari api. Tapi saya takdelah berasa hati, saya tau macam tu jugaklah saya selalu buat kat famili, kat umi abi. Rupanya Allah nak bagi ingat, nak bagi uji. Adelah sorang apek saya panggil suruh buat renovasi. Bila dia tau haritu saya punya hari jadi, dia kata dia takde bende nak beri. Saya kata takpe, jangan susah hati, saya dah biasa macam ni. Tiba2 dia hulurkan sesuatu katanya cenderahati. Saya tengok benda tu macam tali, alah tali pengukur yang ada nombor2 kaler merah macam kat kedai benggali. Alah, yang ada cm dan ada inci...

Dengarlah tuan, apa yang apek tu kata ni...kita selalu rasa umur kita panjang lagi. Baik yg tua, yg muda apatah lagi. Walaupun rambut dah beruban, gugur dan dah takde gigi, tapi semangat macam singa ada dalam diri. Cuba lihat ini ukur punya tali...lagi panjang kita ukur makin panjang ka dia punya baki? Tentu makin pendek kan tuan aji? Saya tengok apek tu besar kecik macam nak kenakan saya jer ni. Ada yg nak kene lempang, nak kene seligi ni...

Apek tu sambung cakap lagi. Kita punya umur biasa 60 ka 70 tawun kan aji. Tapi biasa 63 ramai sudah mati, itu serupa umur nabi. Kalau ini tahun umur aji sudah 50, tuan aji kiralah sendiri berapa dia punya baki. Bukan tak bleh suka2 sambut birthday harijadi, tapi cukupkah sembah tuhan bila sudah mati. Menyirap saya sentap jgn cakaplah lagi. Kene basuh dek apek takde degree. Masa tu malu ada, insaf pun tinggi. Saya cuma angguk tak terkata lagi.

Tali pengukur tu saya bawa harini. Saya mintak akak depan ni check, betul kan asli?" Kak Pah terpegun tak boleh menolak lagi, dah dia duduk paling depan sekali. "Akak tengok tali pengukur ni, berapa nombor dia tulis kat sini?" Kak Pah makin menggigil sebab ada tanda merah kat nombor 50 dan nombor 63 jer kat hujung tali. "Kalau umur kita 50, maknanya ada 13 tahun lagi kita hidup di bumi. Itu pun ikut sunnah umur nabi. Maknanya Allah bagi peluang kita buat ibadah 13 tahun lagi. Walaupun 13 tahun ni tak boleh tebus dosa lalai 50 tahun tadi, tapi insyaallah kalau kita ikhlas, insaf dan buat sepenuh hati, lebih baik daripada tak sedar2 diri.

Soalan saya sekarang berbunyi begini, agak2nyelah, berani tak kita cakap; "I rasa I muda lagi?"




Yelah yelah, I dah tak berapa muda lagi... (gambar hiasan)

p/s: kak pak, cikgu shah dan hj zam jgn marah ek...

February 21, 2011


Alkisah si setan...

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian bersih, berwuduk dan sedang berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh lalu pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Namun dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”. Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (Syaitan)”. Si Pemuda terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. “Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan–jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampung kamu dan oleh itu aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat.”


Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .